Monday 29 August 2016

16# Dia Bernama SAHABAT

Text: Fathiah bt Abdullah

Sahabat,
Kita bertemu di sebuah tempat mencari ilmu,
Engkau ku lihat seperti didalam dunia engkau sendiri,
Gaya engkau membuat aku tidak berani mendekati untuk menjadi kawan.

Sahabat,
Setelah beberapa bulan kita belajar bersama,
Kita mula cuba untuk berkawan,
Dan engkau tidak menolak pelawaan dan usikan aku untuk berkawan.

Sahabat,
Sejak hari pertama engkau menerima aku sebagai sahabat,
Aku mula tahu yang engkau seorang yang mudah senyum,
Engkau seorang yang baik hati,
Engkau seorang yang mudah tersentuh.

Sahabat,
Selama perkenalan kita,
Aku bersyukur,
Aku bertuah memiliki sahabat sepertimu.

Sahabat,
Walaupun diantara kita pernah berlaku sesuatu yang telah menyebabkan hubungan persahabatan kita terputus,
Tapi percayalah aku tidak pernah menganggap ianya putus,
Pada aku, kita sahabat selamanya.

Sahabat,
Pada 29 Ogos 2015, Engkau pergi tinggalkan kami,
Ajalmu tiba begitu awal sebelum sempat engkau bergelar seorang suami.

Sahabat,
Seminggu sebelum engkau pergi,
Hati aku sayu dan hiba,
Tanpa sebarang sebab,
Aku jadi terlalu sensitif,
Seolah-olah bakal kehilangan seseorang.

Sahabat,
Tika aku mendapat perkhabaran pemergiaanmu,
Maka aku sedar,
Sedihku hibaku kerana bakal kehilanganmu.

Sahabat,
Setahun sudah berlalu sangat engkau pergi mengadap Illahi,
Pagi ini Allah kurniakan nikmat hujan,
Ia membuatkan aku ingin mencoretkan sedikit kisah tentangmu.

Sahabat,
Kenangan yang lalu,
Aku tidak pernah lupa,
Kebaikanmu tidak pernah aku lupakan,
Engkau sanggup bersusah kerana aku.

Selamanya engkau tetap sahabat!

"semoga roh arwah sahabatku ini, dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang soleh". Amin

Sunday 21 August 2016

15# BMWvol1 GROUP IN EWA MALAYSIA

Text : Fathiah bt Abdullah
Gambar : Fathiah bt Abdullah.

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Salah satu impian saya telah tercapai.

Impiannya ialah ingin menceburkan diri dalam persatuan. Dan saya memilih untuk menyertai persatuan EWA MALAYSIA.

Apa itu EWA MALAYSIA?

Ewa adalah persatuan usahawanita atas talian (online)
yang dilahirkan di UKM. 
Merupakan satu satunya persatuan wanita yang lahir di universiti.

EWA merupakan salah satu platform untuk membuat jaringan keusahawanan  (business networking) juga akan mendedahkan ahli kepada peluang menyertai kursus berkaitan pembuatan website, peluang perniagaan , ruang niaga ekspo,  latihan perniagaan daripada agensi perniagaan dan juga jaringan perniagaan bersama ahli sedia ada .

Dan alhamdulillah baru-baru ini iaitu pada tarikh 20 Ogos 2016 saya telah menghadirkan diri ke satu sesi dipanggil "Sesi Teh Tarik Persatuan EWA" bertempat di Puri Pujangga, UKM bangi.

Satu pengalaman baru buat saya. Sememangnya dunia realiti dengan dunia atas talian ini satu keadaan yang berbeza. Dari segi auranya, dari segi pembawakan dirinya, dari segi keyakinan dirinya dan sebagainya.

Saya mula tertarik dengan EWA ini adalah melalui leader qaseh saya sendiri juga. Iaitu Pn.Zalina yang mana sekarang telah mempunyai produk sendiri iaitu UMOODA DOUBLE COLAGEN. Aktiviti-aktiviti beliau bersama EWA menarik perhatian dan minat saya. Dari situ saya mula mendekati EWA.

Nak dijadikan rezeki saya dipertemukan pula dengan salah seorang orang kuat EWA juga. Kami bertemu didalam satu "group whatsapp" yang diberi nama BILIK MOTIVASI WANITA Volume 1 (BMWvol1). Group ini ditubuhkan ileh Sifu Eiman iaitu salah seorang Sifu FBAds wanita. Group ini sangat-sangat istimewa kerana dia mengumpulkan pelbagai usahawan wanita dari pelbagai jenis perniagaan.

Ada yang dropship,ada yang ejen , ada yang mempunyai produk sendiri dan macam-macam lagi. Kamu dikumpulkan dalam group tersebut supaya dapat membantu sesama sendiri untuk berkongsi semangat dan motivasi.

Cerita disebalik penglibatan kami semua dalam ewa bermula dengan perbincangan ingin berkumpul bersama dan bertemu dengan Pn Hatinie yang mana beliau merupakan orang kuat EWA. Kata-kata dan ilmu beliau telah menginspirasikan kami semua. Dari situlah Pn.Hatinie merancangkan untuk kami semua sebuah program bersama EWA.

Oleh kerana impian saya untuk menyertai EWA sudah lama, maka peluang yang ada saya tidak mahu lepaskan. Saya sangat bersyukur kerana Allah izinkan saya Suami pun izinkan saya hadir ke program tersebut.

Saya merasakan anjakan paradigma didalam diri saya. Keyakinan diri semakin meninggi. Nantikan perkongsian selanjutnya apa yang dapat onthespot masa program berlangsung.

Sekian.

Thursday 18 August 2016

14# KELAS EDITING ONLINE

Text: Fathiah bt Abdullah
Gambar: Fathiah bt abdullah

Alhamdulillah baru-baru ini saya diberi kesempatan turut serta dalam kelas online melalui aplikasi whatsapp.

Tujuan kelas itu diadakan adalah untuk belajar cara "editing" gambar untuk dijadikan iklan.

Dan bagaimana cara "editing" yang betul dapat menarik minat pelanggan serta gambar iklan tersebut tidak di ciplak orang lain.

Memang seronok belajar pelbagai ilmu ini. Walaupun nampak simple, tapi kelas sebegini sedikit sebanyak memang membantu kita memperbaiki cara untuk menarik pelanggan.

Saya masih dalam usaha "editing" iklan-iklan untuk di letakkan di instagram, facebook dan blog. Masih belajar menjadikan gambar iklan itu menarik.

Ini antara salah satu contoh gambar yang saya buat. Dan masih perlu diperbaiki lagi.

Chaiyok! Chaiyokk!

Sunday 14 August 2016

13# KHASIAT KURMA

Text : Fathiah bt Abdullah
Gambar: Fathiah bt Abdullah

TAHUKAH ANDA, mengapa kurma banyak disebut Al-Quran dan juga disukai Nabi Muhammad Shallallahu ‘Alaihi Wassallam.

Buah yang memiliki nama latin dactylifera phoenix ini, diyakini mempunyai segudang keistimewaan dan manfaat yang sangat baik untuk tubuh manusia. Hal ini tidak hanya dibuktikan secara ilmiah semata, tetapi juga telah termaktub dalam al-Qur’anul karim dan sabda Nabi Salallahu ‘alahi wassalam.

Seperti di antaranya dalam surat Ar-Rahman ayat 11 dijelaskan;

وَفِي الأَرْضِ قِطَعٌ مُّتَجَاوِرَاتٌ وَجَنَّاتٌ مِّنْ أَعْنَابٍ وَزَرْعٌ وَنَخِيلٌ صِنْوَانٌ وَغَيْرُ صِنْوَانٍ يُسْقَى بِمَاء وَاحِدٍ وَنُفَضِّلُ بَعْضَهَا عَلَى بَعْضٍ فِي الأُكُلِ إِنَّ فِي ذَلِكَ لَآيَاتٍ لِّقَوْمٍ يَعْقِلُونَ

“Di bumi itu ada buah-buahan dan pohon kurma yang memiliki kelomak mayang”. Juga ayat lain “Dan di bumi ini terdapat bagian-bagian yang berdampingan, dan kebun-kebun anggur, tanaman-tanaman dan pohon korma yang bercabang dan yang tidak bercabang, disirami dengan air yang sama. Kami melebihkan sebahagian yang lain tentang rasanya. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi kaum yang berfikir.” (Q.S Ar-Ra’d: 4)

Walaupun tidak disebutkan secara spesifik manfaat dari buah kurma, tetapi sungguh jika sesuatu terdapat dalam Al-Qur’an, maka pastilah ia merupakan sebuah kebenaran.
                                                                 (Info blog Hidayatullah.com)

Dan diantara khasiat yang dapat diringkaskan adalah seperti didalam gambar.

Semoga bermanfaat untuk semua.

#qasehgold
#khasiatkurma
#ramuansunnahpenawarsegalanya

Saturday 13 August 2016

12# BETUL KE KITA SAYANG ANAK?

Text : Fathiah bt Abdullah
Gambar: Fathiah

Assalamualaikum.

Betul ke kita sayang anak?
Bagaimana cara kita jaga anak?
Apa pemakanan anak kita?

Anak kita selalu demam, selalu batuk, selalu selesema. Risau kan hati kita sebagai ibu ayah bila tengok anak kurang sihat.

Tapi dalam masa yang sama kita juga penyebab mereka tidak sihat.

Kenapa kita ibubapa yang penyebab nya?

Sebab Kita bagi mereka makan makanan "junk food".
Sebab Kita bagi mereka makan makanan "fast food".
Sebab Kita bagi mereka minum minuman yang bukan sepatutnya pada umur mereka.
Sebab Kita selalu bawa mereka ke tempat yang mudah dijangkiti penyakit.
Sebab Kita MEROKOK.
Sebab Kita biarkan orang lain suapkan makanan yang tidak baik untuk kesihatan mereka.
Sebab Kita TIDAK MEMBERI MEREKA MAKANAN TAMBAHAN yang baik.

Jadi sebagai ibubapa kita perlu tahu apa yang terbaik untuk anak-anak kita membesar.

"PILIHLAH QASEHGOLD JUNIOR UNTUK MAKANAN TAMBAHAN ANAK-ANAK KITA".

QASEHGOLD JUNIOR MEMBANTU MENINGKATKAN SISTEM IMUN BADAN ANAK-ANAK.

Friday 12 August 2016

11# KENAPA PERLU BERPANTANG 2 TAHUN?

Text: Fathiah bt abdullah

Assalamualaikum. Hari ini terpanggil untuk menulis entri ini. Iaitu entri yang telah lama saya ingin menulis.

Saya ibu kepada seorang puteri. Dan saya sudah mengalami sendiri berpantang selepas bersalin. Alhamdulillah saya berjaya berpantang selama 2 tahun. Dan anak saya pun masih menyusu.

Seperti kita sedia maklum berpantang 44hari itu WAJIB. Dan tahukah semua berpantang 2 tahun juga perlu? Apa yang perlu dipantangkan sampai 2 tahun?

Antara senarai makanan yang saya masih PANTANG ialah:

1) Buah nangka
2) Buah cempedak
3) Nenas
4) Rebung
5) Buah kuini
6) Buah Machang
7) Kangkung
8) Kacang Panjang
9) Kacang Buncis
10) Ubi Kayu
11) Pucuk Paku
12) Bubur kacang hijau
13) Bubur pulut hitam

Ini antara makanan yang belum disentuh lagi.

Antara makanan yang saya PANTANG selama 1 tahun 8 bulan ialah :

1) Pulut
2) Durian
3) Pisang selain pisang Awak
4) Tempoyak
5) Laksa

Dan macam-macam lagi. Kenapa agak nya kita kena jaga pantang? Kalaulah Allah izinkan kita untuk melihat dalaman kita. Bagaimana rupa luka dalam kita, mesti kita akan sanggup pantang selama mana pun tak apa. Bayangkan berapa banyak darah yang keluar?
Bayangkan berapa banyak urat yang putus? Bayangkan bagaimana rupa rahim kita? Semua ini bersangkut paut dengan pantang. Proses penyembuhan untuk semua ini sangat lama sebenarnya.

Mungkin waktu sekarang kita makan apa sahaja tidak menyakitkan atau "bentan". Tapi bayangkan jika umur kita 40 keatas? Pernah tak tanya bagaimana mak-mak kita makcik-makcik kita berpantang?

Saya tersangat suka bertanya. Dari situ saya belajar kenapa pentingnya berpantang. Makan jamu sahaja tidak cukup membantu. Kalau jumpa mereka-mereka yang berumur 40 tahun keatas dan masih kekal sihat cergas, jangan tanya amalkan suppliment apa tapi tanyakan berapa lama tempoh pantang diambil?

Mereka yang menjaga pantang selama 2 tahun memang kita akan dapat lihat sendiri walaupun umur sudah hampir 60 tapi penyakit 3 serangkai tidak ada.

Manakala mereka yang diusia sama dan sudah mendapat penyakit 3 serangkai adalah kerana tidak berpantang dengan betul dan lama.

Adakah kita mahu penyakit seperti ini? Jika tidak mahu, tahanlah nafsu makan kita untuk badan sihat.

"JAGALAH PANTANG, UNTUK KEKAL SIHAT DAN BERTENAGA"

Saya bersyukur Allah kurniakan saya seorang mak yang sangat menjaga pantang. Dan Allah menguatkan iman makan saya supaya tak mudah mengalah dengan nafsu makan.

Sekian.

"UNTUK KEKAL SIHAT DAN BERTENAGA, DAPATKAN QASEHGOLD ADINDA UNTUK KESIHATAN DALAMAN WANITA".

Thursday 11 August 2016

10# DIY SOHO KECILKU

Text : Fathiah bt Abdullah
Gambar : Fathiah bt Abdullah

Sejak berniaga online ini, saya dah mula pandai nak sediakan satu kawasan khas untuk menulis. Kalau dulu masa bujang tulis atas katil sahaja. Baca buku pun atas katil.

Tapi tidak sekarang. Kini terhasillah SOHO kecil disebalik almari. Yang mana asalnya ialah meja solek. Bersambung dengan almari baju. Almaklum lah duduk kuarters almari dah memang sedia ada melekat di dinding.

Meja ini besar juga. Nak tunggu bermakeup tak tahi bila. Sebab saya jenis tepek bedak tepek gincu siap. Meja ini DIY sahaja. Guna 2 rak yang tak digunakan. Rak biru hadiah kahwin rak pink adik punya. Tindihkan dua-dua rak, maka terhasil lah rak buku ala-ala ofis.

Boleh letak dokumen-dokumen penting dan resit-resit belian stok. Baru selesa nak menulis dan cari ilham.

Ni idea simple dari seorang surirumah. Nak jimat la katakan.

9# DETIK PERMULAAN MENJANA PENDAPATAN

Text : Fathiah Bt Abdullah

Sebagai seorang yang dah biasa duduk diluar rumah. Maksud kata lain bekerja atau belajar diluar rumah.

Sememangnya agak sedikit kekok apabila berhenti kerja selepas habis berpantang. Keputusan diibuat berdasarkan beberapa pendapat keluarga. Selepas 4 bulan berada dirumah. Keinginan ingin bekerja mula membuak-buak. Tapi tak sanggup rasanya nak bagi orang lain jaga dan asuh Aisyah Amani.

Bermula dari situ, mula tertarik untuk mencari peluang berniaga secara "online". Cari punya cari, akhirnya saya tertarik dengan bisnes seorang kenalan. Dia merupakan senior ketika saya bersekolah asrama dahulu. Pada asalnya ingin membantu dia menjual tudung koleksinya. Namun, dia menawarkan kepada saya peluang menjadi dropship Qasehgold. Maka saya pun bersetuju untuk berniaga Qasehgold secara droship. Semasa saya menjadi dropship, saya belum mencuba pun lagi mana-mana proDuk qasehgold ini.

Sehinggalah saya terjumpa satu testimoni qasehgold adinda yang menunjukkan qasehgold Adinda dapat membantu penyusuan ibu. Kebetulan saya mengalami masalah penyusuan yang semakin berkurangan. Saya pun mencuba Qasehgold Adinda. Selepas itu, masalah penyusuan saya selesai. Dan Alhamdulillah sampai sekarang Aisyah  sudah berumur 2 tahun dan masih menyusu badan tanpa menambah susu formula.

Qasehgold adinda memang banyak membantu masalah dalaman saya. Selepas saya yakin dengan kemujaraban Qasehgold dengan izin Allah juga, saya membuat keputusan untuk menjadi Ahli sah Qasehgold. Bermula 1 Mei 2015 saya mendaftar di Sg buloh. Disebabkan pendaftaran itu saya telah berjumpa dengan seorang wanita hebat. Melihatkan semangatnya, Membuatkan saya tak sabar untuk berniaga qasehgold. Sehingga kini, semangatnya masih sama. Tidak pernah putus asa membimbing saya.

Saya bersyukur dengan pertemuan yang Allah telah aturkan ini. Semoga Allah merahmati dan memberkati talian persaudaraan kami semua.

Wednesday 10 August 2016

8# UTAMAKAN ALLAH, BESARKAN ALLAH !

Text : Fathiah bt Abdullah
Sumber : Buku Mudahnya Menjemput Rezeki
Gambar : Fathiah bt abdullah

Rezeki kita hari ini telah ditetapkan oleh Allah. Jangan mengeluh jika rezeki yang diperolehi tidak mencukupi.

Jangan mengeluh jika gaji yang kita dapat tidak mencukupi setiap bulan.

Pernah tak kita persoalkan kenapa ianya tak cukup?
Pernah tak kita persoal bagaimana hubungan kita dengan Allah?
Pernah tak kita persoal bagaimana solat kita?

Saya tertarik dengan satu kisah di dalam buku "Mudahnya Menjemput Rezeki".

"Dalam satu riwayat dinyatakan seorang Sahabat sedang bekerja. Beliau menyiapkan dinding yang terdiri daripada susunan batu-bata.

Pada masa azan dilaungkan , kerjanya hampir siap. Iaitu hanya tinggal meletakkan sebutir bata sahaja lagi. Apabila ketulan terakhir itu diletakkan di tempatnya maka sempurnalah kerjanya. Namun, Tatkala mendengar azan dilaungkan, serta merta Sahabat tersebut menghentikan kerjanya dan terus menuju ke tempat solat.

Apabila beliau ditanya mengapa tidak meneruskan sahaja kerjanya tadi, Walhal hanya tinggal meletakkan seketul batu bata sahaja lagi untuk menyelesaikan kerjanya itu. Beliau menjawab, bahawa jika beliau meneruskan kerjanya, sebenarnya beliau MEMBESARKAN BATU BATA DAN BUKAN MEMBESARKAN ALLAH!.

Padanya apabila azan dilaungkan, semuanya adalah kecil kecuali ALLAH. Nah beginilah dasyatnya iman para Sahabat. Maka tidak hairanlah rezeki mereka melimpah ruah. Mereka dipandang mulia walau tanpa harta dan kuasa. Mereka mendapat redha Allah dan dijanjikan kejayaan (mendapat syurga) semasa masih di dunia."

Bagaimana dengan kita hari ini? Adakah kita mengutamkan panggilan Allah atau mengutamakan panggilan dunia?

Kita terlalu leka dengam dunia sampai sanggup ketepikan Allah. Terlampau mengikut kata hati dan nafsu.

Ayuhlah kembali kepada Allah. Utamakan Allah. InsyaAllah rezeki kita akan lebih berlipat kali ganda.

"Solatlah di AWAL WAKTU"
"Utamakan ALLAH, Besarkan ALLAH"...

Tuesday 9 August 2016

7# LEMON DAN MADU

Text : Fathiah bt Abdullah

Assalamualaikum. Terima qaseh kepada anda yang sudi singgah dan baca di blog saya. InsyaAllah dalam proses menambahbaik maklumat yang berguna untuk semua.

Suka saya nak berkongsi dengan anda, ubat selesema dan sakit tekak original. Atau lebih dikenali sebagai remedi tradisional.

Dua tiga hari ini, saya diserang sakit tekak dan selesema. Sebelum ini baca dan dengar perkongsian orang lain tentang remedi ini. Tak pernah buat sendiri. Sebab jarang kena sakit tekak dan selesema.

Nak dijadikan cerita, saya memang ada membeli beberapa biji lemon dan madu. Ada satu pagi tu, bila bangun tidur tekak sakit sangat. Nak telan air liur pun sakit. Maka tanpa cuci muka atau berkumur terus bancuh lemon dan madu suam-suam.

Kenapa tak kumur? Sebab air liur kita selepas bangun tidur pun boleh jadi ubat. Selepas minum secawan, memang lega rasa tekak. Macam digaru-garu rasa tekak tu. Sakit masa bangun tidur tu dah tiada.

Lebihan perahan lemon itu, saya jadikan masker letak dimuka. Secara tak langsung telah membuatkan muka saya lebih lembut. Parut jerawat juga mula menipis. Sampai hari ini saya masih amalkan lemon campur madu suam setiap kali selepas bangun tidur.

Jangan tak tahu ye , lemon dan madu juga dapat membantu menyahkan toksin dalam badan sekaligus mencegah kita dari kanser.

Ha best kan kebaikan lemon dan madu ini.

Kepada anda yang mengalami masalah seperti saya, boleh cuba sekarang.

6# PRODUK KELUARAN ANA EDAR

Text : Fathiah Bt Abdullah
Gambar : Facebook

Ana Edar Sdn Bhd telah mengeluarkan beberapa produk yang menitikberatkan soal Halal dan Toyyiban.

Antara produk yang dikeluarkan ialah :-

1- Produk Makanan/Minuman
2- Produk kosmetik

Produk makanan terbahagi kepada 10 iaitu :-

1. GOJES BY QASEHGOLD
2. QASEHGOLD PREMIER
3. QASEHGOLD ADINDA
4. QASEHGOLD KEKANDA
5. QASEHGOLD JUNIOR
6. SOLE
7. RINDU CAFE
8. RINDU QOQO STEVIA
9. GARAM MASAKAN HIMALAYA
10. I-GE

Untuk produk kosmetik pula ianya terbahagi kepada 6 iaitu :-

1. SERUM BY GOJES
2. BEDAK KOMPEK ANA
3. GINCU BIBIR 05
4. TONIK RAMBUT MINYAK ZAITUN
5. TREATMENT GEL 6 IN 1
6. BB CREAM FOUNDATION

Setiap produk mempunyai harga dan kelebihan tersendiri.

Sunday 7 August 2016

5# SIAPA ANA EDAR ?

Text : FATHIAH BT ABDULLAH
SUMBER : ww.qaseh2u.com


Ana Edar Sdn. Bhd. telah ditubuhkan bagi memenuhi permintaan pasaran yang ingin turut serta memartabatkan ekonomi ummah melalui produk jenama ANA yang halal, selamat dan bermutu. Ana Edar Sdn.Bhd diasaskan oleh Allahyarham Tn.Hj Othman b.Omar dan isteri Hjh Esah bt Omar. Dan kini telah diterajui oleh anak beliau iaitu Tn. Luqman b. Tn Hj  Othman.

Ana Edar Sdn. Bhd. mendokong falsafah perniagaan yang sama iaitu :-

  •  Menjalankan perniagaan sebagai fardhu kifayah
  •  Menjiwai teras visi dan misi penting iaitu melahirkan usahawan Muslim yang berwibawa dan berdaya saing,
  •  Memperkasakan pengedaran produk Muslim yang bermutu, halal dan selamat di bawah jenama ANA.

Pelabgai usaha giat dijalankan sejak dahulu lagi bagi menjamin kualiti produk keluaran Ana Edar Sdn. Bhd. Antara kejayaan yang telah berjaya dikecapi ialah pengiktirafan Halal daripada JAKIM dan juga pengiktirafan IMP yang membuktikan proses penghasilan produk Ana Edar adalah Halalan Toyyiba, Alhamdulillah.
Ana Edar Sdn. Bhd. yakin hasrat untuk menaiktarafkan kemampuan ekonomi ummah melalui perniagaan yang telus dan disinari ajaran Islam serta rangkaian produk yang halal, selamat dan bermutu. Ana Edar Sdn. Bhd. juga berhasrat menembusi pasaran halal antarabangsa dan memainkan peranan penting dalam memartabatkan piawaian halal demi kepentingan ummah sejagat.

Ana Edar telah juga telah memilih Ustaz Haslin Baharim sebagai Duta Qaseh Gold dalam membantu usaha untuk memperkasakan rangkaian bisnes Ana Edar. Alhamdulillah, keterlibatan beliau secara langsung telah memberi impak yang besar di samping gandaan usaha daripada Rakan Niaga, Stokis dan juga Pengedar. Begitu juga usaha yang tidak pernah luntur di bahagian R&D (Research & Development) Ana Edar.



4# BUAT INVOIS

Text: FATHIAH BT ABDULLAH
Gambar : Fathiah


Alhamdulillah hari ini masih diberi peluang dan ruang untuk menaip di blog ini.

Cerita hari ini, pagi- pagi dapat panggilan dari adik saya untuk minta tolong buat invois dan "delivery order" untuk pakcik kami. Pada mulanya, sepupu saya minta tolong adik saya yang buatkan. Tapi disebabkan di pc adik saya tiada beberapa tulisan yang diperlukan, maka ianya di"pass" kepada saya.

Lepas dah siap bagi aisyah sarapan dan mandi, maka saya pun buka lah laptop untuk mulakam kerja membuat invois. Tapi ianya bukanlah semudah yang disangka. Penolong cilik saya pun mula sibukkan diri untuk turut mahu membantu menyiapkan invois.



Memang menguji kesabaran untuk siapkan kerja. Pelbagai cara saya cuba untuk alih perhatian aisyah supaya tidak menganggu saya. Tapi segalanya hampa. Dan akhirnya saya pujuk aisyah untuk tidur. Aisyah menyusu sehingga terlena. Alhamdulillah, semasa aisyah lena dibuai mimpi saya cepat-vepat siapkan dokumen yang diperlukan.

Mula- mula saya edit didalam microsoft excel, selepas siap saya emel kepada sepupu. Bia sepupu sudah terima emel, dokumen tersebut tidak dapat dibuka pula. Terpaksa buka dan edit ke microsoft words pula.

Tepat 4:30 alhamdulillah selesai siapkan. Sepupu pun dapat terus print. Lega dapat siapkan sebelum aisyah bangun.

Invois dan "delivery order" saya buat ini adalah untuk projek "catering" pakcik saya. Alhamdulillah pakcik saya dah mula menceburi bidang katering ini. Kalau sebelum ini hanya berniaga di restoran sahaja. Kini permintaan semakin meningkat. Dan saya doakan perniagaan katering pakcik akan terus maju dan maju dengan jayanya.

Untuk penduduk area lembah klang terutama Pantai Dalam, bolehlah hubungi pakcik saya di talian +60126095705- Anuar Ibrahim untuk tempahan makanan. Selain itu, untuk yag ingin menjamu selera makan tomyam dan nasi campur boleh juga terus ke kedai pakcik saya di Anuar Corner Pantai Dalam. Selain makanan panas, nasi ayam hainna juga ada. Jadi apa tunggu pakat serbu cepat ye!


Saturday 6 August 2016

1# PENGENALAN DIRI FATHIAH BT ABDULLAH

Text : Fathiah bt Abdullah
Gambar : Fathiah Bt Abdullah


Assalamualaikum.

SALAM PERKENALAN,


Alhamdulillah, hari ini bermula kelas blog dan mulakan blog dengan betul. Untuk permulaan saya mulakan dengan PENGENALAN DIRI. 



Alhamdulillah saya dilahirkan dari pasangan yang sangat hebat iaitu Abdullah Bin Md Desa dan Fadzillah Binti Ibrahim pada 19 Disember 1989 bersamaan dengan 22 Jamadilakhir 1410H. Pasangan hebat ini dikurniakan 7 orang cahaya mata dan saya merupakan anak yang ke3. Membesarkan anak yang ramai dan jarak usia yang dekat tidak menghalang mereka untuk membesarkan kami adik beradik untuk mendapatkan pendidikan agama dan akademik yang cukup. Saya dilahirkan di Hospital Besar Ipoh dan dibesarkan di Bota kanan, Perak Darul Ridzuan.




Saya diberi pendidikan rendah di Sekolah Rendah Kebangsaan Bota Kanan , Perak. Berbekalkan keputusan UPSR 2A2B1C saya meneruskan pendidikan ke sekolah berasrama Sekolah Agama Maahad Al-Aziz, Parit perak. Di maahad saya diajar 2 sesi pembelajaran iaitu akademik dan agama. Selama 3 tahun disana banyak pengalaman yang saya dapat. Yang mana telah mengajar saya untuk berdikari dan yakin pada diri sendiri. Di sekolah saya aktif bersukan dan aktif kokurikulum. Segala jenis sukan saya akan masuk. Bola Jaring, pingpong, nasyid, hafazan  dan macam-macam lagi. Selepas tamat PMR keputusan akademik kurang memberangsang mak dan ayah mula tukarkan saya ke sekolah menengah biasa. Walaupun ketika itu saya sudah ada cita-cita tersendiri untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang agama. Ini kerana keputusan pendidikan agama sangat memberangsangkan. 




Demi mengejar cita-cita mak dan ayah saya teruskan juga pendidikan ke Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Abdul Rahman Yaakob, Bota Kanan, Perak. kalau diikutkan dari keputusan PMR saya, potensi untuk masuk ke kelas Sains sangat tipis. Tapi rezeki untuk saya masih ada. Saya dimasukkan ke kelas Sains yang mana pelajaran utamanya ialah LUKISAN KEJURUTERAAN. Dari situ mula timbul minat untuk bidang kejuruteraan dan bidang hiasan dalaman. Maka bermulalah saya mengumpul kawan dari pelbagai sekolah yang mana secara tidak langsung menjadi "prospect" saya sekarang. Tamat sekolah saya memohon pelbagai jenis tempat pengajian. Dan saya telah dipanggil untuk melanjutkan pengajian ke Institut Latihan Perindustrian Kuala Lumpur. Masih di bidang yang sama. Saya belajar untuk mendapatkan SIJIL CADD SEBIBINA selama 1 tahun 7 bulan. Dan melanjutkan pengajian selama 3 tahun  dalam bidang  DIPLOMA KEJURUTERAAN AWAM di Politeknik Sultanah Bahiyiah ,Kulim, Kedah. 


Saya telah selamat berkahwin dengan seorang lelaki yang hampir 100% mempunyai ciri-ciri seperti ayah saya . Jejaka itu ialah suami saya Amiruddin Bin Abdul Aziz.Kami berkenalan ketika sama-sama aktif sukan ketika belajar di Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kuala Lumpur. Alhamdulillah kami dikurniakan seorang puteri yang tersangat indah diberi nama Aisyah Amani Bt Amiruddin. Sekarang berkerja dari Rumah secara "online". 

Bersambung ke entri seterusnya untuk pengalaman bekerja sebelum bergelar SURIRUMAH.











3# KELAS BLOG AKADEMI BEKERJA DARI RUMAH SECARA OFFLINE

TEXT : FATHIAH BT ABDULLAH
Gambar : Fathiah bt Abdullah

Alhamdulillah. ketika entri ini ditulis saya baru sangat belajar untuk menulis di blog dengan cara yang betul. Sebelum ini pernah juga membuat beberapa blog, tapi ianya hanyalah blog syok sendiri :)

Sebab itu, dalam apa jua bidang kita memerlukan seorang guru atau mentor untuk memberi kita satu panduan yang betul untuk sesuatu bidang. Maka dengan itu saya memilih untuk belajar berblog melalui AKADEMI BEKERJA DI RUMAH ini. Agak lama juga lah saya memerhati AKADEMI ini. Dalam hati memang tersangat nak belajar. 

Rezeki Allah itu PASTI. Rezeki saya Allah izinkan saya hadir ke kelas yang julung-julung kalinya diadakan secara "offline". Yang kebiasaannya kelas ini hanya di atas talian. Atas usaha salah seorang leader hebat qasehgold, beliau berjaya mengatur sebuah pertemuan kami seramai 15 orang peserta dengan seorang cikgu yang kecil molek iaitu CIKGU ANYS IDAYU BT HJ ZAKARIA. 

Kelas yang diadakan selama hampir 6 jam telah berjaya menghasilkan satu blog yang lengkap untuk setiap orang. Kelas tersangat santai. Cara pembelajaran juga mudah difahami dan diikuti. Cikgu Anys memang pergi ke setiap meja dan tunjuk setiap satu langkah tanpa meninggalkan peserta yang agak perlahan sedikit.

Kami belajar bersama, makan bersama, berkongsi cerita bersama. Rezeki yang paling besar jugalah untuk saya ialah dapat FOKUS SEPENUHNYA tanpa diganggu oleh Aisyah. Ini kerana baba Aisyah sudi menukar waktu kerjanya untuk menjaga Aisyah dirumah. Saya sangat bersyukur dan berterima kasih kepada suami tersayang kerana sudi menyokong isterinya untuk menimba ilmu.

Untuk peniaga atas talian seperti saya, berblog ini merupakan salah satu "platform" untuk saya mengembangkan lagi atau memperluaskan lagi rangkaian kenalan saya. Ia bertujuan untuk memberi saya lebih banyak pengalaman untuk dipelajari.

Kenangan menimba ilmu bersama-sama yang HEBAT merupakan satu kenangan yang tersangat indah dan saya pasti tidak akan saya mempersiakan usaha yang telah saya lakukan ini. 
Bersama cikgu Anys yang comel sangat. 



Bersama rakan sekelas yang awesome dan hebat!


2# SAMBUNGAN PENGENALAN DIRI

TEXT : FATHIAH BT ABDULLAH
PENGALAMAN BEKERJA



Selepas tamat diploma disember 2011, saya mula mencari kerja. Rezeki saya awal, saya dipanggil temuduga untuk jawatan kerani di sebuah syarikat kontraktor. Ia merupakan syarikat dimana sahabat saya semasa belajar di ILP bekerja. Saya melalui maklumat kerja kosong itu melalui dia. Maka bermulalah kerja saya sebagai kerani selama 1 tahun. Selepas setahun, saya mula mencari peluang pekerjaan yang lain.


Dengan pengalaman 1 tahun bekerja sebagai kerani dibawah jabatan “HR”, saya mula mengintai peluang pekerjaan sebagai setiausaha COO di Yayasan Restu. Saya diterima masuk. Walau bagaimanapun, jawatan saya diubah ke bahagian pemasaran.


Saya mula dengan menjadi “receptionist” selama beberapa bulan. Menjawab panggilan menyambut tetamu yang masuk ke yayasan. Pada bulan ke6, ketua jabatan mula mencuba melatih saya menjaga kedai di yayasan restu. Yang kedai distu menjual pelbagai jenis cenderamata hasil tangan staf yayasan sendiri. Selama beberapa bulan saya dipantau, ketua jabatan mula memberi peluang untuk saya membuka “booth” di beberapa majlis. Dari situ saya mula belajar yakin dengan diri sendiri untuk berjumpa dengan orang luar. Yang mana mereka memegang jawatan yang agak tinggi. Serta mempunyai pangkat mereka tersendiri. Dari situ juga saya mula membuang sifat malu untuk bercakap dengan orang lain.


Selain dilatih membuka booth, saya juga diamanahkan untuk mengendalikan pelbagai jenis majlis yang bakal berlangsung di yayasan restu. Antaranya perkahwinan, majlis-majlis rasmi kerajaan, majlis anugerah tadika, majlis-majlis ilmu di yayasan restu.Melalui kerja ini saya belajar cara untuk berurusan dengan pelbagai jenis perwatakan manusia. Yang mana sangat memerlukan kesabaran ketika melayani.


Saya mula BERHENTI KERJA ketika saya selamat melahirkan Aisyah Amani bt Amiruddin. Dengan sokongan dari suami dan keluarga saya yakin untuk berhenti dan menjaga Aisyah sepenuhnya. Selepas 2 bulan berhenti, saya mula mengintai peluang untuk saya menjana pendapatan. Maka bermulalah episod saya bersama QASEHGOLD.



Bermula dengan sebagai Dropship saya mula mengumpul pelanggan saya. Sehingga beberapa, bila saya mula yakin dengan system yang digunakan serta produk yang diyakini memberi manfaat terhadap semua orang. Mei 2015 saya mendaftarkan diri sebagai RANIA iaitu consultant sah Ana Edar. Saya bersyukur Allah memberi peluang untuk saya menjana pendapatan walaupun bergelar SURIRUMAH. Memilih untuk berniaga QASEHGOLD merupakan keputusan yang tepat. Ini kerana syarikat yang mengeluarkan QASEHGOLD  merupakan salah satu SYARIKAT MLM PATUH SYARIAH. Dari segi sistem digunakan dan cara pembayaran bonus kepada ahlinya.

Jika berminat nak mengetahui lebih lanjut mengenai syarikat ini boleh hubungi saya di talian +60134087458 Fathiah. Saya sedia untuk melayani persoalan anda semua. :)

Terima kasih.